WASHINGTON – Sebiji labu paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) milik seorang pekebun di negeri Minnesota dengan berat 1,161 kilogram (kg) diukir menjadi perhiasan Halloween, Jack o’lantern terbesar di dunia, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Labu itu dinamakan Maverick sempena nama watak lakonan Tom Cruise dalam filem Top Gun. Ia memecahkan rekod di AS apabila memenangi Kejohanan Labu Berat Dunia di Half Moon Bay, California awal bulan ini.
Lelaki yang menanam labu itu, Travis Gienger membawa pulang ke rumahnya di bandar Anoka sebelum mengukirnya dalam usaha untuk memecah Guinness World Records untuk kategori Jack o’lantern paling besar.
Imej seekor burung helang diukir pada labu itu. Ia diletakkan di Dewan Bandar Raya Anoka. Acara itu dianjurkan oleh organisasi Anoka Halloween yang menggelar bandar itu sebagai ‘ibu kota Halloween Dunia’.
“Pertandingan ini baik untuk membawa pengiktirafan kepada labu gergasi yang semakin meningkat, dan membawa kepada pengiktirafan Halloween di Anoka,” kata pegawai Anoka Halloween, Jeremy McFarland kepada saluran televisyen tempatan, KMSP-TV. – Agensi