fbpx

Johor bantu mangsa scammer di Kemboja cari pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAIRI (kanan) menyambut ketibaan empat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang selamat tiba di Johor Bahru, hari ini. - FOTO/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan membantu rakyat Johor yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan luar negara untuk mendapatkan pekerjaan baharu yang bersesuaian, di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ketika ini dianggarkan terdapat sehingga 19,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri memahami kehendak dan aspirasi golongan muda yang mahu mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masing-masing.

“Kita memang keperluan anak-anak muda negeri ini yang mahukan pekerjaan untuk masa depan, dan kerajaan negeri akan bantu dapatkan pekerjaan termasuklah mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan luar negara.

“Oleh itu, saya ingatkan belia negeri ini agar melihat peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di sini terlebih dahulu. Ini kerana terdapat lebih 50,000 pekerjaan dan hanya sekitar 31,000 sahaja yang telah diisi, jadi masih banyak lagi kerja kosong,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri telah membantu menguruskan kepulangan seramai tujuh rakyat negeri ini yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja.

Tambah Mohd. Hairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, kerajaan negeri memperuntukkan RM15,000 bagi pembayaran tiket penerbangan, perbelanjaan makan, penginapan serta penyediaan dokumen kesemua mangsa.

“Kami juga berterima kasih dengan Kedutaan Malaysia di Kemboja dan pertubuhan kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang menyediakan bantuan bagi memastikan kesejahteraan kesemua mangsa terjaga.

“Kita lihat ini bukan kes pertama, tetapi apabila tular isu ini di media sosial, Menteri Besar Johor memandang serius perkara ini dan meminta saya membantu sekiranya terdapat mangsa dari negeri ini,” jelasnya.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat seramai 313 rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan dari empat buah negara rantau Asia Tenggara iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Thailand.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI