fbpx

Joe Biden undi awal menjelang pilihan raya pertengahan penggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden keluar dari pusat mengundi selepas membuang undi bersama cucunya, Natalie (kanan) di Wilmington, Delaware, kelmarin. – AFP

WILMINGTON, DELAWARE– Presiden Joe Biden membuang undi bagi pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) semalam, dengan melaksanakan undian awal menjelang pemilihan yang dilihat boleh menyebabkan parti Demokrat pimpinannya kehilangan majoriti dalam Kongres.

Ditemani oleh cucunya, Natalie, yang mengundi buat kali pertama, Biden membuang undi di kampung halamannya di Wilmington, dalam negeri Delaware.

Dengan memakai kaca mata hitam jenis ‘aviator’ yang menjadi kegemarannya beserta kot berwarna biru gelap, Biden dilihat keluar dari pusat mengundi dengan pelekat bertulis “I Voted” (saya telah mengundi) diletakkan pada bahagian hadapan kot yang dipakainya.

Ketika bercakap kepada pemberita, Biden berkata, beliau berasa hebat menjelang pilihan raya pertengahan penggal yang akan berlangsung dalam masa hanya seminggu.

Keyakinan itu disuarakan meskipun sebahagian besar tinjauan pendapat meramalkan parti pembangkang, Republikan akan menguasai semula Dewan Perwakilan.

Pilihan raya separuh penggal kebiasaannya tidak memihak kepada parti pemerintah, dan proses undian yang bakal berlangsung pada 8 November ini tidak terkecuali daripada ramalan serupa.

“Ini bukan referendum. Ini adalah pilihan.

“Ia merupakan pilihan asas, satu pilihan antara dua visi yang amat berbeza untuk negara,” kata Biden. 

Ramai daripada rakyat AS telah pun membuat undian awal sama ada menerusi surat atau pergi ke pusat-pusat membuang undi.

Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan akan diundi, termasuk 35 kerusi Senat.

Undian turut akan melibatkan gabenor-gabenor di berpuluh-puluh negeri serta ribuan jawatan di peringkat daerah dan negeri. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI