fbpx

Jaga kesucian masjid, hindar aktiviti sumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Masjid atau surau perlu dipelihara daripada sebarang perlakuan yang boleh mencemari kesucian institusi tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, sesuatu tindakan sumbang atau seakannya seharusnya dihindarkan sewajarnya.

“Sebaiknya masjid atau surau adalah tempat suci yang tidak boleh dicemarkan dengan aktiviti-aktiviti sebegitu.

“Sama ada perbuatan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak disengajakan kita akan teliti dan siasat dan tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Jalan Kebun hari ini.

Mohd. Zawawi (kiri) melancarkan Skuad SMART Kampung Jalan Kebun sempena Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Jalan Kebun, hari ini.

Terdahulu, tular aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat.

Berdasarkan siasatan polis mendapati ia dilakukan adik-beradik dengan salah seorang pelakunya memaklumkan bergurau dengan adiknya dan membetulkan seluarnya.

Tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit.

Mengulas mengenai isi Khutbah Jumaat di negeri ini sejak dua minggu lalu yang dilihat menjurus kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mohd. Zawawi menegaskan ia mengandungi unsur peringatan dan nasihat kepada masyarakat di negeri ini.

“Ini bagi memastikan rakyat memahami proses demokrasi selain menjaga adab dan etika bagi mengelakkan ada perlakuan yang melampaui batas.

“Di samping itu, adalah hasrat daripada Sultan Selangor supaya menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di negeri termasuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan fitnah. Inilah demokrasi, jadi kita bersaing secara sihat,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI