fbpx

Jaclyn Victor buat penonton rasa sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan menyentuh hati oleh Jaclyn buat ramai penonton tersentuh.

PETALING JAYA – Penampilan Jaclyn Victor dengan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti pada konsert Gegar Vaganza minggu ketujuh malam ini ditujukan khas buat mendiang bapanya, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan penonton.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai menzahirkan rasa sedih dengan penyampaian yang mendalam daripada penyanyi bersuara lantang tersebut.

“Jac terlihat menawan malam ini dengan sari yang begitu cantik, persembahan yang sangat menyentuh perasaan. Sumpah, saya menangis,” ciap seorang netizen.

“Everyone will get emotional when we lose someone we love. Be strong, I feel you (semua orang akan emosi apabila kehilangan orang tersayang. Kuatlah, saya merasakannya),” komen seorang lagi netizen.

“Jaclyn Victor, sederhana tetapi sampai ya, rasa sangat emosinya, teruskan berkarya Jac,” komen netizen yang lainnya.

Jaclyn yang sempat menitiskan air matanya seusai persembahan selesai mengakui emosinya agak terganggu untuk membawa lagu ini.

Terdahulu, Jaclyn telah meraih tempat pertama dan markah tertinggi pada minggu kelima menerusi duetnya bersama Aina Abdul menerusi lagu ‘Cinta’ nyanyian asal Marsha Milan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI