fbpx

Inilah rupa apabila Matahari ‘tersenyum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ini dirakam oleh Balai Cerap Dinamik Suria NASA pada 26 Oktober lalu. - NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam sekeping gambar unik di permukaan Matahari yang memaparkan seolah-olah ia sedang tersenyum, lapor laman berita NDTV semalam.

Menerusi kemas kini di laman Twitter rasmi, NASA berkongsi gambar yang diambil oleh Balai Cerap Dinamik Suria dan ia pantas menjadi tular.

“Senyum! Hari ini, Balai Cerap Dinamik Suria NASA merakam gambar Matahari sedang ‘tersenyum’.

“Dilihat dalam cahaya ultraungu, tompokan gelap di Matahari ini dikenali sebagai lubang koronal dan merupakan kawasan di mana angin suria kencang memancar ke luar ke angkasa,” jelas keterangan imej tersebut.

Gambar yang diambil pada 26 Oktober lalu mendapat pelbagai interpretasi bayangan oleh netizen yang menyamakannya seperti labu pembunuh Halloween dan matahari dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI