fbpx

Cuaca buruk di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan. - FOTO/ FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat di Kedah adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, manakala Sarawak di Kuching, Serian dan Samarahan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI