PETALING JAYA – Sering dihadapkan persoalan status anak pertamanya, Adam Aisy Arrian, pelakon jelita Fatin Afeefa menegaskan bahawa puteranya itu bukan anak luar nikah.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata, dia lebih kenal siapa dirinya dan meminta orang ramai tidak melibatkan anak-anaknya dengan kehidupan peribadinya.
“Arrian bukan anak luar nikah. Rekodlah (siaran live ini). Pergi hantar kat blog hiburan tapi anak saya bukan anak luar nikah.
“Saya lebih tahu siapa diri ini. Tapi, tolong jangan masukkan (libatkan) anak saya dalam kes ini,” katanya menerusi satu siaran langsung (live) TikTok, baru-baru ini.
Terdahulu, Fatin yang cukup dikenali menerusi filem Tentang Bulan mendedahkan bekas suaminya, Adam Shahz mengabaikan bayaran nafkah terhadap anak-anak mereka.
Fatin, 28, tertanya-tanya mengapa dirinya sering dianiaya biarpun apa yang ingin dilakukan adalah demi kebaikan anak-anak.
“Saya cuma nak terangkan, kenapa orang jahat dengan saya walaupun saya tak buat apa-apa.
“Anak saya boleh tengok tau live saya ini. Saya selalu doakan bekas suami murahkanlah rezeki dia supaya dia tak kacau hidup saya.
“Jahat ke saya doa macam itu?,” ujar Fatin dalam keadaan menangis teresak-esak dalam sesi live TikTok tersebut.
Fatin pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan perinciannya. Menerusi perkahwinan pertama, dia memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian.
Pada 21 Disember 2013, Fatin berkahwin dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik – KOSMO! ONLINE