fbpx

Amaran cuaca buruk di 10 negeri sehingga pukul 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 10 negeri diramalkan berdepan cuaca buruk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Kedah di Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Kelantan di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Terengganu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera,” kata MetMalaysia hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut diramalkan berlaku di Hulu Langat dan Sepang di Selangor, manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Kata MetMalaysia, seluruh Melaka juga diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, sementara Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sarawak di Kuching (Kuching) dan Samarahan. Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI