fbpx

24 peniaga ingkar sepanjang sambutan Deepavali dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman.

PUTRAJAYA – Seramai 24 peniaga ingkar telah dikenakan tindakan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang bermula pada 20 sehingga 26 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, ia susulan daripada 4,339 tindakan pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara melibatkan 111 premis borong dan 4,228 premis runcit.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, gagal meletakkan tanda harga termasuk menggunakan tanda harga khas merah jambu.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan dan maklumbalas orang ramai, pelaksanaan skim berkenaan memudahkan mereka untuk mendapatkan bekalan dengan harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar terus berhemah dalam berbelanja dan menggunakan sepenuhnya hak-hak sebagai pengguna terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini.

Katanya, kuasa pengguna adalah sebagai langkah pencegahan awal yang boleh diambil supaya tidak mudah dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin mengambil kesempatan dalam situasi sukar.

Pada 17 Oktober lalu, KPDNHEP menyenaraikan sebanyak lapan barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang berkuatkuasa selama tujuh hari.

Barangan tersebut merangkumi daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil, bawang merah besar import dan kacang dal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI