fbpx

Wanita bela lintah biar darahnya dihisap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEELEY membiarkan lintah-lintahnya menghisap darahnya. - TikTok

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Oregon mendedahkan bahawa dia menjadikan lintah sebagai haiwan peliharaan dan membenarkan ia menghisap darahnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Sommer Seeley, 26, memuat naik beberapa video mengenai lintah peliharaannya dan mendapat berjuta-juta tontonan dalam aplikasi TikTok.

“Orang ramai pernah memberitahu bahawa saya menjijikkan dan perlu menjalani pemeriksaan di hospital sakit mental,” katanya kepada laman NeedToKnow.online.

Dalam salah satu videonya yang paling tular setakat ini, penduduk bandar Portland itu dilihat berpegangan tangan dengan pasangannya dan membiarkan beberapa ekor lintah menghisap darah di kaki mereka.

Seeley telah memelihara lintah selama beberapa tahun dan kini memiliki lima ekor kesemuanya. Lintah pertamanya dinamakan Betty dan berusia empat tahun dengan panjang 12.7 sentimeter (sm), lapor agensi berita Jam Press.

Antara lintah lain yang dipelihara Seeley termasuk Bea, Rue, Estelle dan Herb. Walaupun ia hanya berukuran 5 sentimeter panjang, Seeley berpuas hati kerana lintah-lintah peliharaannya berselera apabila dia membiarkan ia menghisap darahnya.

“Saya terkejut melihat berapa lama ia bertahan (hisap darah), selama sejam atau lebih,” katanya.

Ia mungkin menyakitkan, namun air liur lintah mempunyai anestetik yang mematikan rasa dan bahan kimia yang memastikan darah untuk terus mengalir, ujar Seeley. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI