fbpx

Tukar laluan secara tiba-tiba punca nahas 4 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Dua penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 2.5 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini , semalam.

Kesemua kenderaan terlibat kemalangan itu adalah dua buah motosikal, sebuah lori, dan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, laporan diterima pihaknya daripada waris mangsa berkenaan kejadian itu pada hari yang sama, sekitar pukul 2.30 petang.

Jelasnya, kejadian itu terjadi apabila mangsa yang juga lelaki berusia 22 tahun menunggang motosikal dari arah Seri Kembangan menghala ke Balakong mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan.

“Tindakan mangsa menyebabkan dirinya terlanggar bahagian belakang sebuah lori lalu jatuh di lokasi kejadian.

“Selepas terjatuh, sebuah kereta dan motosikal dari belakang mangsa tidak sempat mengelak kenderaan mangsa telah merempuh motorsikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan itu, kedua-dua mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu , pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam situasi tersebut.

Menurut Mohd. Zaid, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian kemalangan yang berlaku jika terdapat unsur lain.

“Bersabit kemalangan ini, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan di daerah Kajang atau Pegawai Penyiasat Kes iaitu Sarjan Zaharin Taib di talian 019-3126746 bagi membantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI