fbpx

Suspek tipu pakej kahwin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BENTONG – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan pakej perkahwinan berjaya ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek yang berusia 28 tahun ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

“Reman terhadap suspek telah diperolehi selama empat hari bermula 29 Oktober sehingga 1 November depan.

“Polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam kes ini yang menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sekiranya bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan sebat dan denda.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pengantin dan ibunya terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian kira-kira RM20,900 selepas ditipu dalam tawaran pakej perkahwinan.

Berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 38 tahun dan ibunya berusia 58 tahun terpedaya dengan tawaran pakej perkahwinan ditawarkan suspek yang membuat pengiklanan di laman Facebook.

Mangsa bersetuju dengan pakej perkahwinan ditawarkan suspek meliputi set pelamin, baju pengantin, pakej persolekan, jurugambar dan katering.

Namun setelah mangsa membuat pembayaran penuh, suspek telah melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM20,900. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI