fbpx

Sempurnakan nazar, Eina Azman, suami tunai umrah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EINA Azman bernazar membawa suami mengerjakan umrah selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada tahun lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Paduka Eina Azman menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Kata pemilik nama lengkap Ainur Syakina Azman, ketika insan kesayangannya itu bertarung dengan jangkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu, dia bernazar mahu kembali ke Tanah Suci selepas Kaiser sembuh seperti biasa.

“Tahun lepas saya ada bernazar untuk suami selepas kena serangan Covid-19.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Jadi saya akan menunaikan umrah bersama suami untuk kali kedua.

“Di sini kami ingin meminta maaf kalau kami ada buat silap dan salah.

“Doakan kami selamat pergi dan pulang. Insya-Allah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.

Pelakon The Maid 2 itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi.

Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu yang juga hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Selain pemilik Eina, 27, dan suami, dua pembantu rumah mereka turut positif, namun Kaiser berdepan impak agak teruk apabila berada pada tahap empat.

Anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, bagaimanapun bebas daripada jangkitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI