fbpx

Selisih faham di jalan punca ‘bodyguard’ belasah lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto tular salah seorang suspek yang diburu polis terlibat belasah seorang lelaki Flat San Peng, Jalan Gandek, di sini, rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Dua pengawal keselamatan swasta lelaki sudah diambil keterangan berhubung kes membelasah seorang lelaki dalam kejadian di Flat San Peng di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan mereka merupakan pengiring pengarah syarikat swasta.

“Dua suspek berusia 23 dan 30 tahun itu sudah diambil keterangan semalam dan mendapati punca kejadian adalah kerana perselisihan faham lalu lintas melibatkan suspek dan mangsa.

“Setakat ini tiga individu sudah dirakam percakapan termasuk pegawai perubatan, pengarah syarikat swasta masih di dalam proses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, polis sedang mengesan dua suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian membelasah seorang lelaki dalam kejadian di Flat San Peng di sini pada 26 Oktober lalu.

Pada masa sama, polis turut mengesan satu video berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di bahagian kepala dan muka tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam (pada 26 Oktober lalu) membabitkan sekumpulan individu di flat berkenaan.

Rakaman video tular di media sosial itu memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dipukul dua individu yang disyaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI