fbpx

Ribut petir diramal di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan satu amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca tidak menentu dijangka berlaku di tiga negeri Pantai Timur, Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan seluruh daerah di Pahang.

“Sementara bagi Selangor, hujan ribut diramal berlaku seluruh daerah Hulu Selangor.

“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala Johor di sekitar kawasan Segamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI