fbpx

Remaja mabuk bergaduh ditahan di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki rebah dipukul menggunakan topi keledar di sekitar Kuala Langat, baru-baru ini

KUALA LANGAT – Empat lelaki termasuk remaja yang terlibat dalam pergaduhan di Banting sehingga tular sebelum ini berjaya diberkas dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.

Kesemua mereka termasuk mangsa yang dipukul berusia 18 hingga 26 tahun ditahan antara pukul 1.30 pagi higga 11 malam, Khamis lalu sekitar Genting Highlands di Pahang dan Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tangkapan pertama melibatkan individu yang dipukul dengan topi keledar dalam pergaduhan itu sebelum disusuli seorang remaja yang turut berada semasa berlakunya kejadian itu.

Katanya, berdasarkan maklumat kemudiannya membawa penangkapan dua lagi individu.

“Mereka adalah yang memukul mangsa menggunakan topi keledar dan tangan.

“Kedua-duanya kini direman empat hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kosmo! Online pada Khamis lalu melaporkan pergaduhan tiga lelaki sekitar daerah ini yang tular di media sosial semalam adalah disebabkan berada dalam keadaan mabuk. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI