fbpx

PRU15: Tiada pertukaran kerusi komponen BN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNI MOHAMMAD (empat dari kiri) menghadiri Majlis Penutup Bengkel Penerangan Puteri UMNO Johor di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor dijangka tidak akan melakukan sebarang pertukaran kerusi dan akan mengekalkan kedudukan kerusi tradisi komponennya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, perbincangan dibuat juga telah memutuskan bahawa kerusi Parlimen Simpang Renggam yang dahulunya ditandingi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) diserah kepada UMNO.

Menurut beliau, perkara tersebut telah diputuskan semua parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

“Setakat ini (pertukaran kerusi) tidak berbangkit di Johor, maknanya MCA dan MIC kekal dengan jumlah kerusi ditandingi mereka dalam PRU-14 lalu iaitu lapan MCA dan satu MIC.

“Manakala satu kerusi ditandingi Gerakan sebelum ini iaitu Parlimen Simpang Renggam akan diletakkan calon UMNO untuk PRU15, menjadikan 17 kerusi akan ditandingi UMNO,” katanya pada Majlis Penutup Bengkel Penerangan Puteri UMNO Johor di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, di sini hari ini.

Tambah bekas Menteri Besar Johor itu, BN Johor bakal mengumumkan nama kesemua calon-calon mereka dalam satu majlis yang akan diadakan di Ibu Pejabat UMNO Johor, 3 November ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI