fbpx

PRU15: Ramai kecewa barisan calon PKR – Tian Chua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Chua

PETALING JAYA – “Saya berpendapat senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti dan terdapat ramai pihak yang kecewa dengan beberapa pilihan calon.”

Demikian respond bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berikutan pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam memperkenalkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ampang, malam tadi.

“Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami.

“Adalah diterima bahawa tidak akan ada sistem yang sempurna untuk pemilihan calon. Namun parti itu mesti berhati-hati dan tidak boleh mengabaikan reaksi dan sentimen pengundi, terutama pada musim pilihan raya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada majlis pengumuman calon malam tadi, penyandang Ahli Parlimen Batu, R. Prabakaran dikekalkan sebagai calon bagi kerusi parlimen itu menjelang PRU15 akan datang, yang mana turut diintai Chua.

“Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan sesetengah pemilihan calon.

“Apabila ahli parlimen dan kerusi dirombak seperti bermain terup, ia bukan sahaja merugikan akar umbi parti, malah mengecewakan pengundi yang setia menyokong kita,” ujarnya.

Sementara itu, Chua mengingatkan kepada semua calon PKR untuk laksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang memudahkan urusan orang lain bukan sebagai kesenangan diri dan tamakkan kuasa.

“Saya ingin mengingatkan semua calon bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk bersuara di kawasan mereka dan mewakili kepentingan pengundi.

“Jangan menganggap pengundi di kawasan itu sebagai tiket ke parlimen (atau kuasa),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI