fbpx

PRU15: Radzi yakin pengundi Putrajaya lihat PN pilihan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (dua dari kanan) ketika menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta Bengkel Penulisan Cerpen di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1), Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin yakin bahawa pengundi di kawasan tersebut akan melihat parti itu sebagai satu pilihan yang baik berbanding parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sekiranya diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat, beliau akan melonjakkan lagi potensi pusat pentadbiran kerajaan ke satu tahap yang tinggi.

“Saya pernah duduk di bandar pentadbiran Canberra di Australia selama tujuh tahun dan kita boleh lihat bagaimana bandar pentadbiran itu boleh dilonjakkan potensi dan ruangnya bagi memastikan seluruh komuniti mendapat yang terbaik.

“Putrajaya sebuah bandar pentadbiran, kerajaan mana yang datang sekali pun ia merupakan sebuah bandar yang terancang namun begitu kita sedar banyak lagi perkara yang perlu ditambah baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan beliau juga sudah terbiasa bergaul dengan komuniti setempat sejak menetap di Presint 10 lebih empat tahun yang lalu.

“Saya banyak bergaul khususnya dengan jawatankuasa masjid dan surau, kepimpinan masyarakat, persatuan penduduk dan persatuan sukan disamping hubungan dengan kakitangan awam sewaktu di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sewaktu di KPM, ia memberi ruang sebaiknya untuk saya menyantuni pengundi sepanjang empat tahun yang lalu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI