fbpx

PRU15: PH masih tiada semangat solidariti – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga kanan) selepas menyerahkan bantuan pembiayaan kepada beberapa koperasi pada Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Padang Astaka, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pakatan Harapan (PH) disifatkan masih tiada semangat solidariti atau kebersamaan kerana membuat pengumuman calon parti secara berasingan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini berbeza dengan semangat ditunjukkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang terus bersama sejak sekian lama termasuk melibatkan penentuan kerusi dan pengumuman calon.

“Kita dapat tengok PH sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (Amanah) ada cara masing-masing mengumumkan calon mereka.

“Perkara itu menunjukkan mereka tiada solidariti dan berlaku perbalahan sekiranya menang pilihan raya kelak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Pengumuman calon dalam parti komponen PH dilakukan berasingan dengan dimulakan DAP untuk beberapa kerusi di Selangor kelmarin sebelum PKR malam tadi dan Amanah dijangka membuat pengumuman rasmi di Kuala Lumpur esok.

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, tarikh pengumuman calon belum ditetapkan setakat ini kerana masih menunggu keputusan pucuk kepimpinan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI