fbpx

PRU15: Niat Tun M berunding dengan PN demi selamatkan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin

PETALING JAYA – Tindakan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) adalah demi menyelamatkan negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan yang menyifatkan parti-parti pembangkang mempunyai niat yang sama untuk menewaskan UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan merosakkan negara secara berskala besar.

“Perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN hanyalah untuk agenda kepentingan peribadi
seterusnya cuba bagi menutup setiap salah laku mereka dari sudut perundangan.

“Walaupun UMNO dan BN pernah tewas buat kali pertamanya dalam sejarah pilihan raya umum
2018 namun pemimpin-pemimpin ‘korup’ mereka tidak pernah insaf malahan semakin angkuh.

“Mereka juga bersifat rakus kuasa demi bagi menyelamatkan diri dari tindakan undang-undang di atas setiap kesalahan yang mereka lakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, Tun Mahathir amat fokus dalam wadah perjuangan beliau untuk selamatkan Malaysia.

“Sebab itu Tun Mahathir berusaha keras untuk satu padukan keseluruhan parti-parti politik pembangkang ke arah menewaskan UMNO serta BN.

“Menewaskan UMNO dan BN membawa erti kita akan berjaya untuk selamatkan masa depan bangsa serta negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairuddin turut menyifatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang angkuh kerana menolak tawaran penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu.

“Sampai tahap mana kita mahu Tun Mahathir merendahkan dirinya merayu secara jujur serta ikhlas bagi memenangkan pembangkang?

“Bila segelintir pengikut taksub Anwar sering mentohmah kononnya Tun Mahathir cuba menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri amat meleset sama sekali.

“Malahan Tun Mahathir lah yang mencalonkan nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bersama tiga lagi Wakil Rakyat dari parti PEJUANG tetapi dalam pengundian tersebut Anwar tewas kepada Muhyiddin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI