fbpx

PRU15: Amanah bertanding enam kerusi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINOLHUDA memaklumkan Amanah akan bertanding di enam kerusi Parlimen di Johor.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan bertanding enam kerusi parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk kerusi yang disandang sebelum ini.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tiga kerusi yang sudah disahkan itu adalah kerusi Parlimen Sri Gading, Pengerang dan Pulai.

Beliau berkata, tiga lagi kerusi yang lain akan diumumkan pimpinan tertinggi parti di Wisma Amanah, Kuala Lumpur, hari ini.

“Kerusi Parlimen Pengerang akan ditandingi oleh bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh manakala Datuk Seri Salahuddin Ayub mempertahankan kerusi Pulai.

“Kerusi Sri Gading dan selebihnya akan diumumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Fundraising Amanah Johor, di sini malam semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI