fbpx

Pengundi Kelantan dirayu pulang, mengundi umpama ‘hari raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob menyampaikan cenderamata kepada Datuk Rosyam Nor (kanan) pada Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya di sini malam tadi. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merayu rakyat Kelantan di perantauan supaya pulang mengundi pada 19 November ini.

Menurutnya, hari mengundi umpama ‘hari raya’ dan sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap anak Kelantan untuk menunaikan kewajipan itu.

“Tanggungjawab (mengundi) ini lima tahun sekali sahaja. Kita baliklah, kalau hari raya dua tahun sekali pun kita boleh balik. Ini (PRU15) perayaan lima tahun sekali.

“Justeru, kepada anak muda Kelantan baliklah mengundi supaya tanggungjawab kita dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Malam Selebriti dan Anak Seni bersama pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, malam tadi.

Difahamkan lebih 200,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi pada PRU15 menetap dan bekerja di luar negeri itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI