fbpx

MMF terima sumbangan RM509,183

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta Kejohananan Amal Golf Mazda di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kejohananan Amal Golf Mazda menyumbang RM509,183 kepada Mazda Medicare Fund (MMF) baru-baru ini.

Penganjur kejohanan itu yang merupkan pengedar jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor dalam satu kenyataan berkata, kejohanan kali ke-8 itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk MMF.

Menurutnya, program yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam telah disertai 144 peserta.

“Kami terharu dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peserta-peserta, semua penderma dan penaja.

“Semua hasil kutipan sumbangan ini akan disalurkan terus kepada MMF,” katanya.

Tambahnya, penubuhan MMF bertujuan untuk membantu dari aspek perubatan kepada golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia.

“Disamping itu ia juga bertujuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada rumah anak-anak yatim dan orang tua serta orang kelainan upaya (OKU),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI