PETALING JAYA – Keletah kanak-kanak berusia tiga tahun memakai tudung di TikTok mencuit hati ramai dengan kecomelan mengayakan hijab.
Menerusi video berdurasi 33 saat itu memperlihatkan seorang kanak-kanak menggayakan selendang pashmina sambil duduk di atas sebuah motosikal.
Rata-rata netizen memuji kepakarannya menggayakan tudung meskipun umurnya masih setahun jagung dan disifatkan sebagai kanak-kanak yang pintar.
“Masya-Allah. Cantiknya. Sekejap sahaja dah siap. Kalau acik yang pakai, nak dekat dua jam juga baru selesai memakai tudung,” puji seorang warga maya di TikTok.
“Sewaktu akak seumur adik, akak baru belajar mengenali coklat. Adik pula, sudah pandai membelit selendang. Akak yang sudah berusia ini masih lagi tercekik leher apabila hendak mengayakannya,” ujar pengguna lain
“Agaknya dia sudah berlatih sewaktu masih berada dalam kandungan ibunya,” seloroh seorang pengguna yang lain.
Dalam pada itu, terdapat juga warga Tiktok yang memuji kecomelan kanak-kanak yang dipercayai berasal dari Indonesia itu.
“Masya-Allah comelnya. Semoga menjadi anak yang solehah,” komen seorang pengguna.
Setakat ini, video yang dimuat naik oleh akaun pengguna TikTok @rh tersebut berjaya meraih lebih daripada 6, 000, 000 tontonan, 411, 900 tanda suka, 14, 000 komen dan 18, 900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.