fbpx

Kekayaan Mark Zuckerberg susut RM472 bilion dalam tempoh setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kegagalan Metaverse meraih pengguna dikatakan antara punca keuntungan Meta semakin merudum. - Facebook

WASHINGTON – Kekayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg sekali lagi merosot  sebanyak AS$11 bilion (RM51 bi­lion), menjadikan jumlah kerugian terkumpul beliau  lebih  AS$100 bilion (RM472 bilion) dalam tempoh setahun, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Meta melaporkan penurunan pendapatan pada suku kewangan kedua berturut-turut minggu ini.

Syarikat itu bergelut untuk kekal sebagai gergasi media sosial teratas selepas menyalurkan pelaburan sebanyak AS$70 bilion (RM330 bilion) ke dalam Metaverse. Platform dunia maya itu bagaimanapun menjadi bahan ejekan dan gagal menarik pengguna.

Keputusan lemah dua suku kewangan itu  menimbulkan persoalan baharu tentang rancangan Meta untuk melabur lebih banyak wang, sekurang-kurang­nya AS$10 bilion (RM47 bilion) setahun ke dalam Metaverse.

Ini kerana, pelabur-pelabur  mula meragui pertumbuhan keuntungan platform maya itu.

Syarikat itu juga menyaksikan pendapatan pengiklanannya merosot kerana berdepan persaingan daripada aplikasi video TikTok yang sangat popular.

Laporan  kewangan tahunan daripada Meta Platforms Inc. menyebabkan sahamnya jatuh 19 peratus dalam dagangan selepas waktu kerja pada Rabu lalu kepada AS$105.20 (RM496.65).

Meta dan Zuckerberg juga memberi bayangan akan ada kejatuhan lagi dalam jualan pada suku kewangan semasa sekali gus mengesahkan penurunan itu akan menjadi trend dan bukan lagi satu anomali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI