fbpx

Kata pakar, tidak sedar karya seni agung dipamer terbalik selama 75 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meyer-Buser bergambar bersama karya New York City I. - Petra Wischgoll

BERLIN – Sebuah karya seni oleh pelukis abstrak Belanda, Piet Mondrian digantung secara terbalik di pelbagai galeri selama 75 tahun, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Walaupun kesilapan berkenaan hanya disedari baru-baru ini, karya bertajuk New York City I itu akan terus dipaparkan secara terbalik untuk mengelak kerosakan.

Karya seni dihasilkan dalam tahun 1941 itu pertama kali dipamerkan di Muzium Seni Moden (MoMa) di New York pada 1945.

Ia kemudian digantung sebagai koleksi seni negeri North Rhine-Westphalia di bandar Dussledorf, Jerman sejak 1980.

Penjaga muzium tempat lukisan itu dipamerkan, Susanne Meyer-Buser menyedari kesilapan tersebut ketika meneliti program baharu mengenai karya Mondrian awal tahun ini. Dia bagaimanapun berkata, lukisan berharga itu akan rosak jika kedudukannya dibetulkan.

New York City I ialah versi serupa dengan lukisan New York City oleh Mondrian tetapi dihasilkan menggunakan pita pelekat.

“Grid tebal sepatutnya berada di bahagian atas, seperti langit yang gelap. 

“Sebaik sahaja saya memberitahu penjaga lain, kami menyedarinya dengan sangat jelas bahawa karya itu digantung dengan cara yang salah,” kata Meyer-Buder kepada akhbar The Guardian.

Bukti itu menyokong teori yang dikemukakan kerana New York City yang dipamerkan di Pusat Pompidou, Paris memaparkan garisan tebal di bahagian atas, bukan bahagian bawah.

Tambahan pula, gambar studio Mondrian yang dirakam beberapa hari selepas kematiannya menunjukkan karya sama berada di atas papan melukis dengan garisan tebal di bahagian atas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI