fbpx

Jalan Temiang-Pantai Bypass produk pelancongan baharu Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIRA-kira 1,000 orang menyertai program larian ria, Temiang-Pantai Bypass Fun Run 2022 yang diadakan di Jalan Temiang-Pantai di Seremban hari ini.Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 1,000 orang peserta menyertai program larian ria, Temiang-Pantai Bypass Fun Run 2022 yang diadakan di Jalan Temiang-Pantai di sini.

Program kali pertama diadakan itu melibatkan jarak larian sejauh lima kilometer anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan juga Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Pihak MBS memaklumkan, penganjuran larian tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan Jalan Temiang-Pantai yang mendapat jolokan sebagai ‘New Zealand Malaysia’ sebagai produk pelancongan baharu di daerah ini.

“Program hari ini juga diadakan bersempena Hari Sukan Negeri Sembilan 2022 sekali gus untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Ia disertai orang ramai pelbagai peringkat umur dengan peserta paling tua berusia 88 tahun,” katanya lagi.

Jalan Temiang-Pantai yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 telah menggamit kehadiran pengunjung ekoran keindahan pemandangan sepanjang jalan tersebut khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI