fbpx

Isteri tinggalkan suami selepas 14 tahun berkahwin kerana cinta pandang pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMANDA jatuh cinta dengan seorang lelaki walaupun pada pertemuan pertama. - Instagram/Amanda Trenfield

CANBERRA – Seorang wanita di Sydney, Australia sanggup bercerai selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga kerana ingin hidup bersama lelaki idaman yang ditemuinya cuma sekali, lapor akhbar New York Post.

Wanita tersebut bagaimanapun hampa selepas ditinggalkan tanpa khabar berita.

Amanda Trenfield menulis kisahnya dalam artikel bertajuk When A Soulmate Says No. Wanita itu menceritakan bagaimana dia jatuh cinta pandang pertama dengan seorang lelaki semasa menghadiri majlis makan malam bersama suaminya.

Sebulan selepas Amanda bercerai, dia menghubungi lelaki tersebut dan mereka bersetuju berjumpa sementara dia masih berada di bandar sama selepas menghadiri satu majlis pengebumian. 

Bagaimanapun keesokan harinya, Amanda menerima e-mel daripada lelaki itu yang memberitahu, dia tidak lagi mahu berjumpa dengan Amanda.

“Keesokan pagi, saya menerima mesej. Ia ringkas dan tanpa emosi. Dia memikirkan pertemuan kami dan memutuskan bahawa tidak elok untuk mereka terus berhubung. Dia tidak mahu menganggu saya,” jelas Amanda dalam memoirnya. 

Amanda ketika itu berada di lapangan terbang. Dia berasa sedih kerana masih tidak mendapat mesej daripada lelaki tersebut.

Selepas dua tahun berpisah, Amanda mendokumentasikan tujuh cara untuk menangani situasi tersebut.

“Pertemuan dengannya membina semangat dalam diri saya untuk meneroka jiwa sendiri,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI