fbpx

Hilang rindu, Siti, Kris Dayanti akhirnya bertemu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS Dayanti turut bertemu empat mata buat pertama kali dengan anak sulung Siti, Siti Aafiyah.

PETALING JAYA – Selepas beberapa tahun tidak bertemu akibat pandemik, Kris Dayanti meleraikan kerinduan apabila akhirnya berpeluang bertemu dengan rakan baiknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kris menarik perhatian netizen selepas berkongsi video dan gambar mesra bersama rakan baiknya itu dalam Instagram miliknya.

Difahamkan, Kris atau nama sebenarnya Kris Dayanti Trenggono hadir ke negara ini sempena membuat persembahan di Sunway-Malaysian AIDS Foundation Red Ribbon Gala.

Selepas menyelesaikan persembahannya, pelantun lagu Menghitung Hari itu sempat meluangkan masa dengan Siti di sebuah restoran.

Video yang dimuat naik oleh Kris menunjukkan Siti sangat teruja berjumpa dengan rakannya setelah sekian lama tidak bertemu.

“Divaku @ctdk,” tulis Kris menerusi ruangan kapsyen.

Dalam kesempatan itu, Siti juga membawa anak-anaknya Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa bertemu empat mata dengan Kris.

Menerusi perkongsian tersebut, Aafiyah sangat mesra bermain dengan Kris walaupun baru pertama kali berjumpa.

Siti juga turut memuat naik gambar dalam Instagramnya dengan kapsyen berbunyi: “Cintaku @krisdayantilemos, hilang rindu.”

Terdahulu, Siti berkongsi rasa rindu apabila tidak dapat berjumpa rakan karibnya itu akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga menyebabkan pintu sempadan negara ditutup. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI