fbpx

EPL: Alvarez bakal gantikan Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ (kiri) bakal turun mengisi kekosongan yang ditinggalkan Haaland yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mungkin terpaksa merombak sedikit formasi pasukannya bertemu Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini selepas ayam tambatannya, Erling Haaland hampir pasti dike­tepikan.

Haaland hanya beraksi pada babak pertama ketika mereka terikat tanpa jaringan menentang Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu selepas mengalami kecede­raan selain mengadu mengalami masalah kesihatan.

Ketika saingan masih lagi di awal musim, Guardiola enggan memperjudikan nasib Haaland dan mahu memastikan pemain itu benar-benar dalam keadaan terbaik sebelum diturunkan menyebabkan beliau bakal menyenaraikan pemain lain.

“Erling tidak berada dalam keadaan baik kerana dia juga demam sebelum aksi menentang Dortmund. Begitu juga dengan Joao (Cancelo) yang mengalami sedikit kecederaan.

“Saya lihat kedua-dua mereka juga berdepan masalah kepenatan, sebab itu kami membuat keputusan mengeluarkan mereka berdua pada aksi itu. Saya mengharapkan tidak ada kece­deraan serius, tetapi tidak bersedia untuk mengambil risiko,” katanya.

Situasi itu menyaksikan, bekas penyerang River Plate, Julian Alvarez dilihat calon yang paling sesuai untuk mengisi kekoso­ngan yang ditinggalkan Haaland, namun Guardiola perlu membuat sedikit perubahan formasi bagi membolehkannya memainkan peranan dengan baik.

Alvarez mungkin berdepan kesukaran untuk berfungsi se­perti Haaland sebagai penyerang tulen menyebabkan Guardiola mungkin menggunakan khidmatnya sebagai pemain ‘false nine’ untuk aksi bertemu Leicester nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI