fbpx

Dua maut kereta terbabas langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dipandu mangsa kemalangan maut di Jalan Jelapang-Chemor dekat Meru Perdana, Ipoh hari ini.-FOTO/JBPM PERAK

IPOH – Dua maut termasuk seorang wanita setelah kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Jelapang-Chemor berhampiran Meru Perdana awal pagi tadi.

Kejadian sekitar pukul 2 pagi itu mengorbankan pemandu Perodua Viva, Poh Yun Fan, 20, dan seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta dipandu wanita berkenaan dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Chemor.

Ketika melalui laluan selekoh, kereta tersebut hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penanda jalan dan tiang lampu di atas pembahagi jalan.

Kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada pukul 2.13 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta dalam keadaan terbalik dengan kedua-dua mangsa masih berada dalam kenderaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI