fbpx

Dua anggota PGA maut, kereta rempuh lori parkir di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas merempuh sebuah lori yang ditinggalkan di bahu jalan di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal dan lans koperal maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang ditinggalkan di bahu jalan di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, kedua-dua mangsa, Koperal Juna Anak Jembat, 39, dan Lans Koperal Jeddy Layong Anak Nyalin, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M.Nasir berkata, siasatan awal mendapati, dua anggota yang bertugas di Kompeni B, Platun 6 Batalion 8, PGA, Pengkalan Chepa itu menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari Jalan Rantau Panjang ke Pasir Mas.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai telah merempuh belakang sebuah lori yang ditinggalkan di bahu jalan.

“Insiden itu menyebabkan mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI