fbpx

City tiada masalah tanpa Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (kiri) meledak gol cantik menerusi sepakan percuma menewaskan Leicester 1-0 di Stadium King Power sebentar tadi. - AFP

LEICESTER – Ketiadaan Erling Haaland tidak dirasai oleh Manchester City yang masih berupaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pengurus City, Pep Guardiola bukan sahaja tidak menyenaraikan Haaland, 22, dalam kesebelasan utama, malah nama penyerang prolifik dari Norway itu juga langsung tiada di bangku simpanan pasukan.

Begitupun, City seperti tiada masalah tanpa Haaland apabila memegang 68 peratus penguasaan padang selain melakukan 15 percubaan sepanjang 90 minit permainan di Stadium King Power itu.

Juara bertahan EPL itu lebih banyak bersabar mengatur gerakan serangan untuk menembusi benteng pertahanan The Foxes untuk tempoh 45 minit pertama.

Kesabaran The Citizens akhirnya berbalas apabila berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan percuma menarik daripada perancang tengah, Kevin de Bruyne pada minit ke-49.

Leicester juga mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan terutama penyerang gantian, Kelechi Iheanacho tetap percubaannya berjaya ditepi keluar penjaga gol, Ederson.

Kebangkitan permainan ditunjukkan skuad bimbingan Brendan Rodgers itu pada 20 minit terakhir bagaimanapun masih gagal untuk mencari gol penyamaan dan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

City pula kembali melonjak ke tangga teratas EPL dengan kelebihan satu mata ke atas Arsenal yang berpeluang merampas semula kedudukan itu jika menang ke atas Nottingham Forest esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI