fbpx

Berlakon ‘mati’ 321 hari demi watak mayat dalam CSI:Vegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara video yang dimuat naik oleh Nalley di TikTok yang memaparkan dia terbaring seperti mayat. - TikTok

FRANKFORT, Kentucky – Seorang peminat drama penyiasatan forensik bersiri, Crime Scene Investigation (CSI) sanggup ‘berlakon’ menjadi mayat  selama 321 hari dengan harapan dapat membintangi siri televisyen tersebut, lapor laman berita LadBible semalam.

Lelaki  dari negeri Kentucky  itu, Josh Nalley memuat naik rakaman  video memaparkan dia terbaring seperti mayat dalam akaun TikToknya, @living_dead_josh setiap hari tanpa gagal sehingga berjaya menarik perhatian produksi CSI:Vegas.

Misi Nalley hanya satu iaitu berlakon menjadi mayat dalam salah satu episod CSI:Vegas dan usaha kerasnya membuahkan hasil apabila kru produksi menawarkan peluang tersebut kepada dirinya.

Nalley berkata, dia tidak mempunyai pengalaman berlakon tetapi lama kelamaan, belajar bagaimana untuk memaparkan lakonan sebagai mayat dengan lebih meyakinkan selepas 10 bulan melakukan perkara sama.

“Saya tidak suka bercakap di depan kamera tetapi saya boleh berbaring di atas tanah dan berpura-pura mati dengan mudah.

“Selepas lebih 300 hari cuba membawa  watak ‘mayat’ yang lebih meyakinkan, anda dapat melihat saya lebih bijak menyembunyikan pernafasan dan penggunaan darah palsu yang tidak keterlaluan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI