fbpx

1,000 peserta dijangka meriahkan sukan berbasikal MITEN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perasmian MITEN yang diadakan di Ampang semalam.

PETALING JAYA – Acara sukan berbasikal, Melaka International Tourism Endurance (MITEN) dijangka akan disertai kira-kira 1,000 orang peserta melibatkan sembilan buah negara.

Sukan bertaraf antarabangsa itu dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Disember depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pengarah Program, Shaiful Akhmar Mohd. Noor berkata, selain peserta tempatan, sukan ini turut membabitkan peserta luar luar antaranya Singapura, Brunei, United State, Belgium, United Kingdom, Filipina, India dan Korea.

Jelas beliau, acara tersebut akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam pada 10 Disember depan.

“Perlumbaan sebenar akan berlangsung pada 11 Disember iaitu melibatkan jarak kira-kira 150 kilometer dan dijangka akan bermula kira-kira pukul 7 pagi serta berakhir sekitar 2 petang.

“Selain acara berbasikal, turut diadakan diadakan pameran, karnival dan agensi kerajaan, busking, pertandingan karaoke serta aktiviti untuk kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shaiful Akhmar berkata, kira-kira 100 peserta luar negara akan menyertai perlumbaan ini dan penyertaan masih terbuka sehingga 10 Disember depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI