fbpx

Wanita luah rasa, suami kahwin lain gara-gara PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Demi tuntutan kerja, si isteri rela mengizinkan suaminya bekerja di Sabah dan hidup sebagai pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sementara dia dan anak-anak tinggal di Melaka.

Namun, perkahwinannya diuji dengan kehadiran orang ketiga apabila suaminya telah berkahwin lain ketika sedang bertugas di Sabah.

Seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok, Sutera Puteh berkongsi dugaan rumah tangganya itu untuk dijadikan teladan buat pasangan suami isteri yang lain.

“Kami nikah 2006 dan mula hidup PJJ kadang kala sebab suami seorang tentera, dan pada 2014, suami pencen awal dan terus ikuti pasukan menyelam di Sabah sementara saya dan anak-anak tinggal di Melaka.

“Tahun 2016, saya mula merasakan perubahan pada suami, dan 2018 saya dapat tahu suami telah berkahwin dengan seorang gadis berasal Sabah,” katanya menerusi perkongsian video baru-baru ini.

Selepas kejadian tersebut, wanita itu nekad untuk berpisah namun permintaannya itu tidak disetujui oleh suaminya.

“Cuba terima takdir Allah hidup berpoligami, tapi hati hancur sangat sehingga minta pada suami untuk dilepaskan tapi suami tak nak dan katanya dia sayang dan cintakan aku. Dia minta bagi peluang untuk dia bahagiakan kedua-dua isterinya,” ujarnya.

Terbaharu, wanita itu memaklumkan suaminya telah berpisah dengan isteri keduanya dan kembali berubah membahagiakan dirinya dan anak-anak mereka.

“Bulan Julai 2022 suami kata dia telah berpisah dengan isteri keduanya. Aku tak tanya apa-apa langsung padanya dan aku hanya minta izin nak tunaikan umrah.

“Ogos 2022, secara kejutan dia kata nak ikut aku sekali tunai umrah. Syukur Allah dengar doa hambanya. Rumah tangga kami diuji dengan macam-macam sepanjang hidup PJJ, tapi jodoh kami tetap kuat,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI