fbpx

Sistem Smartbox Selangor tarik minat agensi Negeri Sembilan, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ssistem Smartbox menarik minat agensi Negeri Sembilan dan Johor

KLANG – Kejayaan kerajaan negeri mengutip hasil negeri yang tinggi menerusi sistem Smartbox berjaya menarik minat agensi Negeri Sembilan dan Johor untuk mengaplikasi perkara sama.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan rekod kerajaan negeri berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM2.17 bilion sehingga semalam melepasi sasaran tahun ini berjumlah RM2.05 bilion.

Katanya, ini adalah satu pencapaian yang baik dengan pengenalan pelbagai pemudah cara bagi pelbagai membayar hasil serta cukai kepada kerajaan negeri ini.

“Pengenalan sistem Smartbox pada tahun lalu merancakkan lagi kutipan hasil negeri.

“Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan minat mahu menggunakan sistem Smartbox,” katanya selepas melancarkan perluasan sistem Smartbox ke seluruh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor di PDT Klang, di sini, hari ini.

Sistem Smartbox adalah sistem pembayaran secara atas talian bagi serahan serta pungutan dokumen secara layan diri.

Justeru, Amirudin menjelaskan kerajaan ini akan mempatenkan sistem Smartbox ekoran telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan bagi menjayakan sistem tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI