fbpx

Russia adakan latihan nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video Kementerian Pertahanan Russia menunjukkan sebuah peluru berpandu balistik dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia pada 19 Febraurai lalu. - AFP

MOSCOW – Pasukan strategik Russia mengadakan latihan tentera termasuk melancarkan peluru berpandu balistik kapal selam dalam tindakan yang meningkatkan kebimbangan senjata nuklear akan digunakan dalam perang Ukraine.

Latihan kelmarin dikawal selia Presiden Vladimir Putin sendiri. Perkembangan membimbangkan itu berlaku selepas Moscow berterusan mendakwa bahawa Kyiv membangunkan ‘bom kotor’.

“Sesi latihan tentera oleh pasukan pencegahan strategik darat, laut dan udara diadakan di bawah kepimpinan Putin. Ia melibatkan pelancaran peluru berpandu balistik dan kruz (jelajah),” kata Kremlin dalam satu kenyataan.

Media kerajaan Russia menyiarkan rakaman kru-kru kapal selam melakukan persediaan untuk melancarkan peluru berpandu balistik Sineva dari Laut Barents di rantau Artik.

Latihan sama membabitkan ujian peluru berpandu dari Semenanjung Kamchatka di rantau Timur Jauh Russia.

Pada  Isnin lalu, Kementerian Luar Russia menyiarkan gambar bahan nuklear yang dikatakan menggambarkan keupayaan Ukraine untuk mencipta ‘bom kotor’ di media sosial.

Bagaimanapun kelmarin, Slovenia menyatakan bahawa gambar itu adalah daripada agensi pengurusan sisa nuklearnya sendiri dan bertarikh pada 2010.

Sementera itu, Presiden Volodymyr Zelenskyy  memberitahu, pertempuran masih  sengit di rantau Donbas, timur Ukraine dekat Bakhmut. Tentera elit Russia yang digelar Wagner terus berusaha  untuk menawan bandar itu.

“Situasi di barisan hadapan tidak banyak berubah. Pertempuran paling sengit berlaku di rantau  Donetsk, ke arah Bakhmut dan Avdiyivka,”  kata Zelenskyy dalam ucapan hariannya.

Di medan perang utama di selatan Ukraine, tentera Russia terus mengukuhkan kedudukan mereka di ibu negeri wilayah Kherson, bandar Kherson, ketika orang awam mengosongkan rantau itu.

Sekurang-kurangnya 70,000 orang meninggalkan rumah mereka di wilayah Kherson dalam tempoh seminggu, kata seorang pegawai yang dilantik oleh Moscow, Vladimir Saldo kepada  saluran televisyen tempatan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI