fbpx

Qaseh Gold lancar Emunkidz tingkat sistem imun si cilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasniza menunjukkan produk terbaharu, Emunkidz di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berdepan persekitaran mencabar selepas fasa pemulihan daripada pandemik, ibu bapa semakin serius membuat pilihan untuk makanan tambahan kepada anak-anak mereka.

Selain cabaran mengenai penyakit berjangkit, aktiviti yag padat dengan sesi pembelajaran yang mereka lalui setiap hari membuatkan tahap kesihatan mereka sering terganggu.

Sehubungan itu, ibu bapa terpaksa mencari alternatif memilih makanan tambahan terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak agar sentiasa cergas dan ceria sepanjang hari.

Bersandarkan permintaan yang semakin bertambah, Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar) telah memperkenalkan Emunkidz yang memberi manfaat terbaik untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak.

Pengasas produk Qaseh Gold, Hasniza Hassan berkata, kan­dungan utama produk yang terdiri daripada cen­dawan susu harimau, vitamin C, kurma, beri biru dan stevia itu bakal memberi pilihan kepada ibu bapa mendapatkan produk sokongan bagi memberi perlindungan optimum anak-anak.

“Ia juga bakal melengkapkan lagi rangkaian produk Qaseh Gold Junior dalam meningkatkan lagi sistem imun badan anak-anak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pengenalan produk baharu itu di pasaran baru-baru ini.

Qaseh Gold adalah jenama yang bernaung di bawah induk jenama Ana yang kini memasuki usia 40 tahun di pasaran sejak tahun 1983 lagi.

Hasniza menerangkan, Emunkidz yang berbentuk tablet kunyah itu bersesuaian untuk kanak-kanak berusia seawal dua tahun dan berperisa buah campuran bagi menggalakkan si cilik menikmati makanan tambahan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI