fbpx

PRU15: Pemimpin PH cakap ‘tidak serupa bikin’ – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster dikongsi Abdul Hadi pada laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kononnya memperjuangkan isu rasuah, tetapi tidak melaksanakanya semasa menjadi pemerintah.

Malah kata Abdul Hadi, ada sesetengah kes melibatkan pemimpin PH, termasuk kes rasuah ditamatkan proses mahkamah di pertengahan jalan atau tidak diteruskan pendakwaan oleh Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas.

“Suatu masa dahulu, malah pada saat ini pun PH sungguh berdegar-degar untuk menentang rasuah dan salah laku.

“Namun, sewaktu mereka pernah menjadi pemerintah, mereka menjadi terlalu lemah pula dalam menanganinya,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sepatutnya, keseriusan dalam memerangi rasuah hendaklah sebagaimana kita mencegah denggi.

Jelas beliau, ia bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuk, tetapi wajiblah juga menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menghukum mereka yang tidak menjaga kebersihan.

“Kepada semua rakyat Malaysia, selamatkanlah negara kita daripada pemberi rasuah dan penerima rasuah. Insya-Allah, akan sejahteralah Malaysia dan seluruh rakyatnya,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI