fbpx

Pesohor TikTok didakwa bunuh 2 lelaki selepas ibu diugut sebar video seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHEK didakwa merancang pembunuhan dua lelaki pada 11 Februari lalu. - Instagram

LONDON – Seorang wanita di Britain didakwa membunuh dua lelaki selepas salah seorang daripada mereka menjalin hubungan sulit dengan ibunya dan memeras ugut mangsa menggunakan pita seks, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mahek Bukhari, 23, menafikan dakwaan bahawa dia merancang pembunuhan itu untuk menghalang Saqib Hussain, 21, daripada menyebarkan imej lucah ibunya, Ansreen Bukhari, 45. 

Saqib dan rakannya, Mohammed Hashim Ijazuddin, 21, maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh di jalan raya dan terbakar pada tengah malam 11 Februari lalu.  

Dalam perbicaraan mahkamah, Mahek yang merupakan seorang pesohor TikTok telah melancarkan ‘perangkap’ untuk ‘mendiamkan’ Saqib selepas dia mengancam untuk menghantar pita seks Ansreen kepada suami dan anak lelakinya.

Saqib didakwa memeras ugut Ansreen dan menuntut wang £2,000 (RM10,928) hingga £3,000 (RM16,392) sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video lucah itu.

Dua lelaki dari bandar Banbury itu terbunuh apabila kereta Skoda Fabia yang dipandu mereka dengan laju melanggar pokok dan terbelah kepada dua bahagian di bandar Leicester.

Rakaman panggilan kecemasan dikemukakan kepada hakim di mana Saqib didengari memberitahu bahawa mereka dikejar oleh lelaki bertopeng. Dia kemudian menjerit sebelum bunyi rempuhan kuat kedengaran.

Mehek didakwa atas dua pertuduhan membunuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI