fbpx

Pecco enggan ambil langkah selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA mahu menunggang seperti biasa pada aksi terakhir di Valencia dan enggan memilih cara yang selamat demi memburu mahkota kejuaraan dunia. – AFP

LONDON – Pelumba Itali, Fran­cesco ‘Pecco’ Bagnaia mengakui tidak akan berlumba dengan ‘cara selamat’ menjelang perebutan gelaran dunia MotoGP pada perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Valencia bulan depan.

Pelumba Ducati tersebut meng­akui sekiranya mengambil langkah tersebut dia akan berdepan masalah ketika mengimpikan peluang menutup perlumbaan tersebut secara gilang-gemilang dengan menjulang mahkota kemenangan pertama di kelas perdana.

Justeru, pelumba berusia 25 tahun tersebut enggan meng­ubah pendekatan tunggangannya dan mahu beraksi seperti biasa.

Bagnaia yang meraikan kemenangan di GP Malaysia pada Ahad lalu bakal dinobatkan selaku juara dunia buat kali pertama dalam kariernya di Valencia sekiranya dia berjaya menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat ke-14 atau lebih baik.

“Kebiasaannya apabila anda terlalu berhati-hati, anda boleh berdepan masalah kerana berada dalam kumpulan perlumbaan. Lebih sukar untuk melakukan sesuatu dan tayar hadapan akan mengalami tekanan.

“Jadi, saya akan bersaing se­perti biasa, bukan seperti perlumbaan di Sepang kerana saya banyak kali terjatuh.

“Apapun, saya perlu bijak memahami segala-galanya dan jika saya mempunyai kemungkinan untuk menang, saya akan cuba untuk menang.

“Saya harap dapat bersaing dalam cuaca kering di Valencia dan kemudian saya akan lihat apa yang boleh dilakukan. Saya tidak memaksa diri seperti hari Sabtu lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI