fbpx

Monyet curi pakaian dalam, bawa lari ke hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seekor monyet mencuri pakaian di ampaian

PETALING JAYA – Aksi monyet ‘mencuri’ pakaian di ampaian asrama sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penghuninya.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @zunurainzunur22 itu menyaksikan seekor monyet gigih menarik dan mencuri pakaian di ampaian sebelum melarikannya ke kawasan hutan.

Rakaman video yang tular di media sosial itu mendapat perhatian ramai netizen termasuk berkongsi pengalaman berdepan dengan monyet.

“Hati-hati pakaian yang kecil-kecil, sidai tempat yang selamat sikit. Monyet memang minat sangat curi pakaian dalam, dah pernah kena,” komen seorang netizen.

“Aku pernah luka di lutut sebab kena kejar dengan monyet yang nak curi pakaian aku, memang jahat monyet-monyet ni,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berkongsi momen-momen `indah’ dikejar monyet ketika zaman belajar.

“Lebih rela dicuri baju atau makanan, kalau dekat Universiti Malaya dengan komputer riba dikebasnya,” komen seorang netizen.

“Akak dulu dia bawa lari berus gigi dengan ubat gigi, selepas itu nak pergi kelas je kena ligan dengan pakai baju kurung, tapi seronok sangat zaman belajar dulu,” kongsi seirang netizen lagi.

Setakat ini, hantaran video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan dengan lebih 18,000 tanda suka dan 1,198 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI