fbpx

Kolera ‘mengganas’ di Asia Barat dan Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG doktor berjalan di pusat perubatan untuk kes taun di bandar Darkush, Syria pada Sabtu lalu. - AFP

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai wabak kolera yang menular dengan pantas di rantau Asia Barat dan Afrika, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Jangkitan kolera atau taun merosot selama bertahun-tahun tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tahun 2022 menyaksikan ‘kebangkitan membimbangkan’ wabak kolera di seluruh dunia.

Menurut WHO, wabak kolera dilaporkan di 29 negara sejak Januari lalu dengan punca utama ialah pencemaran air. Kurang 20 negara melaporkan wabak itu dalam tempoh  lima tahun sebelumnya. 

Penyakit itu boleh menjadi ‘ganas’ dan merupakan petanda kepada kemiskinan dan ketidaksamaan sosial, kata pakar-pakar. Angka jangkitan makin meningkat semasa wabak kolera merebak di Asia Barat dan Afrika.

Perkembangan itu mendorong sebuah badan WHO yang menguruskan bekalan kecemasan vaksin, International Coordinating Group (ICG) menggantung sementara pelan vaksinasi dua dos standard. Ia bagi menangani wabak kolera. WHO berkata pada minggu lalu bahawa ICG kini mengamalkan pendekatan vaksin dos tunggal.

Penggantungan vaksinasi dua dos membolehkan vaksin kolera menjangkau lebih banyak kawasan di dunia. Walaupun strategi satu dos terbukti berkesan, ia memberi perlindungan rendah kepada kanak-kanak.

Pegawai komunikasi pejabat Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Salim Oweis berkata, kajian menunjukkan vaksinasi satu dos menawarkan imuniti selama enam bulan dan cukup untuk menghentikan penularan semasa wabak kolera.

Strategi dua dos yang disuntik selang 15 hari pula menawarkan pelindungan selama tiga hingga lima tahun.

Peningkatan pesat jangkitan kolera memberi tekanan kepada WHO untuk bertindak pantas, kata pengurus kesediaan kecemasan WHO, Dick Chamla.

“Keadaan makin buruk dengan pertindihan antara wabak ini dan krisis kemanusiaan yang berterusan,” katanya.– Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI