fbpx

Kertas siasatan buku Tommy Thomas dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tindakan melengkapkan siasatan berkaitan buku My Story : Justice in Wilderness dan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut.

Setiausaha PDRM , Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya semakin hampir melengkapkan siasatan berkenaan buku milik bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Kertas siasatan berkaitan buku tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan telah diterima semula pada 25 Oktober lalu dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Sehubungan itu, PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan seperti mana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK) ke atas buku tersebut telah mengenal pasti 19 isu penting di dalam naskah tersebut yang memerlukan perhatian lanjut kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara tersebut selepas (PPK) membentangkan laporan siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Pada 1 Oktober lalu, bekas Peguam Negara itu telah diambil keterangan oleh PDRM berkaitan siasatan bukunya, My Story: Justice in The Wilderness.

Buku yang diterbitkan Thomas telah mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Selain itu, buku terbabit turut menyentuh mengenai peristiwa 13 Mei 1969, yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat, selain tuduhan yang bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI