fbpx

Kedai jurulatih Azizulhasni di Melbourne dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI mengecam tindakan orang tidak bertanggungjawab telah memecah masuk kedai jurulatihnya, Beasley (kiri) di Melbourne, Australia baru-baru ini.

PERSIAPAN ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley untuk berhijrah ke Malaysia diuji musibah selepas kedai kesa­yangannya yang terletak di Melbourne, Australia dipecah masuk baru-baru ini.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerusi satu hantaran di media sosialnya semalam sambil menyifatkan tindakan tersebut adalah satu sikap tidak bertanggungjawab.

“Mendapat perkhabaran kurang baik dari Melbourne. Kedai jurulatih saya, Beasley Cycles @beasleycycles telah dipecah masuk oleh orang tidak bertanggungjawab.

“Cermin pintu belakang kedainya dipecahkan dan beberapa basikal mahal telah dilarikan. Wahhh gila betul, zaman dahulu orang pecah masuk kedai barang kemas atau bank je, sekarang ni kedai basikal dah jadi sasaran jugak ye.

“Kesian John Beasley, dah la tengah kusut sibuk menguruskan pelbagai urusan penting nak berpindah ke Malaysia, diuji pula dengan dugaan macam ni,” jelas Azizul mengenai kedai Beasly yang telah diasaskan sejak 1919.

Bagaimanapun, berapa jumlah basikal yang hilang tidak didedahkan Azizulhasni, namun pasti ia melibatkan kerugian besar.

Biarpun dihimpit masalah itu, Beasley masih terikat dengan tugasan untuk mempersiapkan skuad negara menghadapi Kejohanan Trek Piala Asia di Trivandrum, India pada 25 hingga 27 November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI