fbpx

Justin janji bangkit di peringkat senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN bertekad membuat permulaan baharu di peringkat senior dengan penuh gemilang selepas ini. - JUSTIN HOH

KUALA LUMPUR – Bintang dalam pembikinan negara, Justin Hoh tidak menyesal selepas menamatkan Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2022 di Santander, Sepanyol tanpa gelaran juara remaja dunia.

Justin, 19, menjadi harapan terbaik negara untuk menaiki podium dalam acara perseorangan lelaki berdasarkan statusnya sebagai pilihan ketiga kejohanan.

Bagaimanapun, perjuangan Justin terkandas di pusingan keempat selepas tewas straight-set 17-21, 19-21 kepada Kim Byung-jae dari Korea Selatan pada aksi di Palacio de Deportes de Santander semalam.

“Bukan perjalanan yang saya harapkan untuk pengakhiran karier remaja saya. Tiada alasan dan saya telah pun berikan yang terbaik tanpa ada sebarang kekesalan.

“Saya akan cuba bangkit untuk permulaan baharu di peringkat senior selepas ini,” katanya menerusi hantaran ringkat di media sosialnya.

JUSTIN tewas kepada pemain Korea Selatan pada pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2022 di Santander semalam. – JUSTIN HOH

Kekalahan Justin dan tiga lagi wakil negara di pusingan keempat semalam menyaksikan Malaysia pulang hampa dengan tangan kosong dari bumi Santander.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Eogene Ewe tewas 18-21, 17-21 kepada pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul.

Beregu lelaki, Choi Jian Sheng-Bryan Goonting pula terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Jepun, Sora Ogaki-Osuke Sakurai apabila tewas 28-26, 17-21, 14-21.

Wakil terakhir negara iaitu beregu campuran, Bryan Goonting-Lee Xin Jie juga gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas kecundang 17-21, 17-21 kepada Liao Pinyi-Huang Kexin dari China.

JIN WEI pernah muncul juara remaja dunia perseorangan wanita sewaktu edisi 2018 di Ontario.

Ini adalah kali kedua berturut-turut skuad badminton remaja negara gagal memenangi pingat sejak 2019 selepas edisi 2020 dan 2020 terpaksa dibatalkan disebabkan penularan Covid-19.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil di atas podium pada Kejohanan Remaja Dunia adalah melalui kejayaan Goh Jin Wei muncul juara remaja dunia perseorangan wanita edisi 2018 di Ontario, Kanada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI