fbpx

Jenazah dua beranak kemalangan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Izham Haniff dibawa ke Masjid Jarak Atas di Seberang Perai Utara di sini untuk disembahyangkan petang tadi.

SEBERANG PERAI – Jenazah dua beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor di sini hari ini selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah Izham Haniff Ibrahim, 46, dan anak ketiganya, Lutfir Rahman,15, disembahyangkan di Masjid Jarak Atas dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Padang Menora selepas solat Asar.

Nenek saudara Lutfir Rahman, Fauziyah Daud,56, berkata, kali terakhir dia berjumpa dua beranak itu ketika menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin minggu lalu.

“Sepatutnya kami berjumpa malam esok sebelum saya berangkat menunaikan umrah tetapi Allah S.W.T ada perancangan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kepala Batas di sini pagi tadi.

Terdahulu, kemalangan kira-kira pukul 7.15 pagi itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang dua beranak tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

Kejadian berlaku ketika Izham dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah, manakala isterinya sedang mengikuti kursus di Pulau Langkawi, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI